log white bg 256

WORD MINE EDITORIAL

Siti Malini Mat

LATAR BELAKANG

Siti Malini Mat dilahirkan di Manchester, United Kingdom dan dibesarkan di Bangi, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Bandar Baru Bangi dan Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan sebelum mengikuti program A-Levels di Kolej Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Kemudian, Siti Malini meneruskan  pengajian di peringkat sarjana muda dan sarjana di Cambridge University, United Kingdom dalam bidang kejuruteraan.
Siti Malini bertugas di sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa selama 13 tahun sebelum berhijrah kerjaya untuk menumpukan perhatian dan masa kepada bidang yang diminatinya. Kini, dia berpengalaman lebih 10 tahun menyediakan perkhidmatan suntingan, terjemahan dan penulisan dalam sektor penerbitan, komersial dan akademik. 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Word Mine (002944687-X) menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

- Bacaan pruf (Bahasa Melayu)

- Proofreading (Bahasa Inggeris)

- Suntingan (Bahasa Melayu)

- Editing (Bahasa Inggeris)

- Terjemahan (Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu)

- Translation (Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris)

- Penulisan (*bukan untuk bidang akademik)

- Copywriting

- Ghostwriting (*except for academic field)

Hand of young businesswoman writing on paper or signing contract at table in office